Monday, February 21, 2011

SULUH KATA PUTERI

P : PATUH PADA IBU BAPA

U : UGAMA/ AGAMA BERTERASKAN AL-QURAN DAN HADIS

T : TAAT KEPADA ALLAH DAN RASUL

E : ERAT UKHWAH ISLAMIYYAH

R : RELA BERBAKTI KEPADA ALLAH

I : IMAN DIPUPUK ILMU DITUNTUT

I : INSAF DIRI: IA KEPUNYAAN ALLAH DAN KEPADA ALLAH IA KEMBALI

S : SOLAT DITUNAI SETIAP WAKTU

L : LARANGAN ALLAH DIJAUHI

A : AKHLAK MULIA PENGUKUH IMAN

M : MUSLIMAH MUKMINAH RAKYAT SEPERJUANGAN.

Saturday, February 19, 2011

OBJEKTIF PUTERI

PERINGKAT SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH

1. Melahirkan satu masyarakat yang
i. taat kepada Allah, Raja dan Negara.
ii. Berilmu.
iii. Berakhlak mulia
iv. Berbakti kepada masayarakat.

2. Membimbing gadis-gadis dari segi akhlak, rohani dan jasmani supaya menjadi insan kamilah, berilmu, mengajar dan memperkenalkan Islam supaya kelak hidup berasaskan jalan yang diterima Allah SWT dan dapat berbakti kepada agama, nusa dan bangsa.

FALSAFAH PUTERI

Pergerakan Puteri Islam Malaysia adalah sebuah pergerakan berpakaian seragam yang bergerak pada peringkat kebangsaan, negeri,daerah di Institusi Pengajian Tinggi, Maktab Perguruan dan Sekolah Menengah dan Rendah.

Aktiviti yang dijalankan sebagai aktiviti ko-kurikulum Secara formal atau tidak normal adalah bertujuan membimbing puteri –puteri ke arah penyuburan dan pengembangan potensi-potensi diri secara menyeluruh dan bersepadu demi mewujudkan insan puteri yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani,emosi, rohani dan intelek berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Allah SWT