Pertandingan kibar bendera Hari Wilayah diadakan bermula pada 15 Februari 2010 hingga 28 Februari 2010. Penganjur adalah Perbadanan Putrajaya dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Putrajaya. Semua sekolah di Putrajaya terlibat dan akan diadili oleh sekumpulan juri daripada Perbadanan Putrajaya. PPIM SMKP8(1) merupakan salah satu badan beruniform yang terlibat menggantung bendera tersebut di sekeliling pagar sekolah.
Darul Puteri yang terletak di Cheras merupakan ibu pejabat Puteri Islam Malaysia. Di sinilah terletaknya bangunan pejabat pentadbiran dan asrama untuk penginapan bagi aktiviti Puteri. Penginapan hanya dikenakan sedikit bayaran saguhati sahaja .
Aktiviti Puteri Islam bukan sahaja berkaitan dengan aktiviti dalaman tetapi juga aktiviti luaran.Kegiatan seperti perkhemahan ataupun jambori akan menarik minat pelajar.