Perhimpunan kokurikulum yang dikendalikan oleh pasukan puteri Islam SMK PP8(1) pada 23/3/20111 dengan jayanya di bawah pimpinan pengerusi Nurafifah dan naib pengerusi Norsyafika
1. Melahirkan satu masyarakat yang i. taat kepada Allah, Raja dan Negara. ii. Berilmu. iii. Berakhlak mulia iv. Berbakti kepada masayarakat.
2. Membimbing gadis-gadis dari segi akhlak, rohani dan jasmani supaya menjadi insan kamilah, berilmu, mengajar dan memperkenalkan Islam supaya kelak hidup berasaskan jalan yang diterima Allah SWT dan dapat berbakti kepada agama, nusa dan bangsa.
Pergerakan Puteri Islam Malaysia adalah sebuah pergerakan berpakaian seragam yang bergerak pada peringkat kebangsaan, negeri,daerah di Institusi Pengajian Tinggi, Maktab Perguruan dan Sekolah Menengah dan Rendah.
Aktiviti yang dijalankan sebagai aktiviti ko-kurikulum Secara formal atau tidak normal adalah bertujuan membimbing puteri –puteri ke arah penyuburan dan pengembangan potensi-potensi diri secara menyeluruh dan bersepadu demi mewujudkan insan puteri yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani,emosi, rohani dan intelek berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Allah SWT
taklimat hakim untuk para peserta di peringkat permulaan.
pusingan keempat Ush Norizan sedang memantau perjalanan pertandingan catur bersama Pn Hjh Nooriah ( Naib Pengerusi Puteri Islam Wil. Persekutuan Putrajaya.
Pelajar sedang berentap di saat-saat akhir.
Pada 8/5/2010 sambutan Hari Puteri Islam Wilayah Persekutuan Putrajaya diadakan di SMK Putrajaya Presint 8 (1) dan SK Putrajaya Presint 8(1) mulai jam 7.30 pagi hingga 12.30 tengahari.
Beberapa acara dipertandingkan di peringkat SK dan SMK. Pertandingan catur diadakan pada hari rabu 5/5/2010 di SK putrajaya Presint 9(1) dan SMK Putrajaya Presint 8 (1).