Saturday, February 19, 2011

FALSAFAH PUTERI

Pergerakan Puteri Islam Malaysia adalah sebuah pergerakan berpakaian seragam yang bergerak pada peringkat kebangsaan, negeri,daerah di Institusi Pengajian Tinggi, Maktab Perguruan dan Sekolah Menengah dan Rendah.

Aktiviti yang dijalankan sebagai aktiviti ko-kurikulum Secara formal atau tidak normal adalah bertujuan membimbing puteri –puteri ke arah penyuburan dan pengembangan potensi-potensi diri secara menyeluruh dan bersepadu demi mewujudkan insan puteri yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani,emosi, rohani dan intelek berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Allah SWT